25 March 2009

awek-awek seMalaya...

Insan awek-awek,
Kau punya seribu satu daya penarik
Senyum manis mata melirik
Body berlekuk lagi melentik
Itu anugerak tanda kau memang cantik
Hati-hatilah setiap detik
Tingkah laku jangan buat orang jelik
Biar di luar cantik di dalam pula menarik
Barulah dinamakan insan nan molek
Insan awek-awek manis menawan,
Berlumba-lumba seiring kemajuan
Tingkatkan taraf dalam kehidupan
Tapi biarlah berpatut berpadan
Jangan sampai lupa daratan
Jangan sampai hilang ingatan
Jangan tersasar dari landasan
Jaga batas dan pergaulan
Bebas lepas tanpa batasan
Hancur musnahlah masa depan
Lebur berkecai segala impian
Awe-awek cun belaka,
Fesyen terkini tak pernah lupa
Ikut perkembangan they all kata
Kus semangat…harganya
Sebulan gaji langsailah punya
Tapi alahai, sayanglah pula
Singkat sampai nampak paha
Ketat sendat terdedah dada
Perut dan pusat takleh nak cover
Hey bebeh! Itu mana punya budaya??
You all main ikut saja
Otak ada tapi tak guna ka?
Bikin malu sendiri punya bangsa
Dikata over..they all balas,
“itu aku punya suka”
Ditegur nasihat…kita jealous katanya
Dikata murah..masamnya mencuka
Hey bebeh! Tak sedar ke?!
You all jadi tontonan setiap mata
Jantan gila sentiasa tunggu mangsa
Kalau dah kene ngap nak salahkan siapa??
Ataupun you all memang suka
Buat free show lagi percuma
Insan awek-awek satu Malaya,
Tergedik-gedik ingin bergaya
Segala macam nak dirasa
Penuhi tuntutan jiwa remaja
Bercouple,bercinta mesti punya
Kekasih kaulah segalanya
Berjanji setia berkorban apa saja
Dipujuk dirayu cairlah hatinya
Gadai mahkota buktikan cinta
Hilang sudah barang berharga
Apa lagi yang you all ada?!
Apa nilai yang nak dibangga?!
Ingatlah hidup ini Cuma sementara
Tiada yang kekal selamanya
Awe-awek insan tersayang,
Indahnya rambut mengurai panjang
Pinggul padat bergoyang-goyang
Menggegar iman nafsu bergoncang
Syaitan menghasut tidak terbilang
Gelaplah hati kerana teransang
Ingin melampias nafsu nan gersang
Mangsa di depan tak lepas peluang
Alpa sedetik you all kecundang
Jadi ratahan si nafsu binatang
Awek-awek lemah dan lembut,
Mata memandang hati terpaut
Adab sopan manisnya mulut
Tutuplah segala ‘harta’ yang patut
Jangan kata rimas kerana berbalut
Usah cari alasan Usah merungut
Itukan perintah yang mesti diikut!
Tidakkah kau takut
Tidakkah kau terketar lutut
Sana sini bahaya mengikut
Menunggu masa ingatan kau luput
Musnah segala kena ragut
Menyesal kemudian tak guna disebut
Seumur hidup pahitnya tak luput...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...