Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

01 July 2016

Ho Chi Minh City, Vietnam 2016 - Day 2










Muahahah berminggu amik masa nak update day 2.. (-_-") Takpe la blog ni pun suka2 je.. aci  la kan... ;) Hanya tuan blog je yg tau 'hazabb'nya nk menulis bila 'seru' tu tak sampai..thats why i've never claimed myself as a blogger.. hiks! 

6 April 2016 - Rabu - 28 Jamadilakhir 1437H (D2)

So, day 2, as per itinerary, Lepas sarapan, destinasi pertama adalah membeli-belah, 'membeli' selagi ada barang yg dijual sambil 'membelah' dompet. Bergerak ke Cho Binh Tay atau juga dikenali sebagai Chinatown HCMC. Pengalaman waktu saya dtg pertama kali tahun 2013 dulu, tak tau nk sebut mcm mana just mention 'Chinatown' dekat receptionist hotel tu. Oh, kalau anda daripada hotel boleh minta bantuan receptionist hotel je untuk panggilkan teksi juga. Cuma perlu bagitahu nak ke mana berapa buah teksi yg diperlukan / total berapa org je. They were quite helpful too. Ingat, pastikan ia teksi Vinasun baru la naik ya.

Lebih kurang 20 minit dari hotel nak ke sini. Cho = pasar. Di sini, macam2 barang ada dijual. Daripada pelbagai jenis kain pasang, helmet (kenderaan utama org vietnam adalah motor), perkakas plastik, selimut, sampailah ke baju-bajan dan baaanyakk lagi. Makanan pun ado. Yg menariknya, semua dijual dgn harga borong dan kebanyakkan (read: tak semua) kedai boleh je nk beli satu tp dpt harga borong. Actually I prefer to come here more rather than the famous 'Ben Thanh' Market sbb kat sini selain lebih murah dan lebih banyak pilihan dan kain pasangnya kita beli dikayu (belum siap potong). Sesuai lah dgn diri ini yg terlebih tinggi, terlebih besar..semuanya lebih, tak syok la pakai kain yg siap potong ngam-ngam 4 meter (kadang2, dikatanya je dah potong cukup 4 meter tp bila ukur balik cuma ada 3 meter lebih je kan) (*_*)




Gambar selepas selesai 'tawaf'.. Sambil tunggu beliau2 yg belum sudah 'pencariannya' sambil tunggu teksi untuk ke destinasi kedua juga. Habis shopping dah tengahari, lunch hour. Naik teksi terus ke kawasan hotel sbb disana juga je yg banyak pilihan kedai makan yg halal. Nama lg 'Malaysian Street kan. Heee yg berminat boleh search "Nguyen An Ninh". Tu nama jalan sebenar/rasmi yg 'didaftarkan' atas peta. Hurmm.. sepanjang 4 hari 3 mlm tu kami cuma rotate makan di kedai2 sekitar tu je. Rasa pun boleh tahan la, sedap la juge. Plus on travel kan, so eat for the sake of energy.. :)

Selesai makan tengahari, singgah hotel hantar barang2 yg dibeli tadi, solat dan rehat lepas tu berjalan pula berbondong-bondong ke destinasi shopping kedua, Pasar Ben Thanh yang cuma 5minit dari hotel. Yes, approximately 5 minutes by foot. Cho Ben Thanh ini juga terkenal dengan pelbagai barang, boleh tahan murah, pilihan souvenir yg banyak, dan seperti juga Cho Binh Tay td, harga boleh ditawar tapi adat laa kan tempat2 shopping begini, ko tawar-dapat-tetiba tak nak beli-makanlah makian daripada penjual- hahaha 


Penjual kat sini kasar kot, main tarik2, dia maki depan2 je heh tapi kan penjual kat Malaysia ni pun bukan semua baik sgt jugak kan.. kikiki but still, i've also did met the good sellers, whom have a good personality, baik, tak lokek, amoi senyum manyak, bg kerusi kat warga emas dan bapak2 yg kendong anak2 masing sbb mak2 tgh dok pilih barang (read: ayah - abg & abg ipar2) hiks!


Tak lama pun dekat Ben Thanh sebab ptg tu nak pergi Hard Rock Cafe (HRC) dan tengok Water Puppet Performance. Water Puppet mula dalam pukul 6.30 mcm tu, so plan nk gerak dlm kul 5 ptg untuk singgah HRC. Balik hotel, rehat sebentar, tunggu asar dan sambung jalann.


Tak tau la sejak bila mulanya, tp mcm seronok pula jadi collector t-shirt HRC ni. Mahall tu sudah pasti tp sy semat dlm minda, its once in a lifetime. Jadi, walaupun pergi satu2 tempat ni byk kali, tshirt HRC hanya 1 je. For example, i've already bought my Ho Chi Minh's HRC shirt 2014, on my 2nd trip to HCMC. So this time around i purchase nothing. Just 'window shopping' :D



Bought on 2014, dah lusuh sikit since penyakit M banyak kritikal, basuh washing machine lg.. Oh menyesal.. (-_-)

As usual by using cab service, at 5.00 pm we depart to HRC. Clicking here, click there.. pose a little bit here, sightseeing..









Bergambar kenangan gittew.. Sy tiada dalam gambar. Isk isk kita yg pegang kamera. camno.. hihi takpe, kasi cannn.. (^_^") Tak lama kat HRC, nama lagi 'singgah' je kan. Bergambar sikit-sikit, lepas tu terus gerak ke Water Puppet Theater tu. 



The Tickets



Haa nmpak.. fokus habis anak buah2 kita tgk water puppet show.. sekali dgn makpak depa bergigih tau, walaupun sepatah haram dialog diorg kami tak faham.. :)


Golden Dragon Water Puppet Theater ni umumnya adalah persembahan puppet (macam wayang kulit) dalam bahasa Vietnam (tanpa sarikata tau!) yg menceritakan tentang kehidupan orang Vietnam dulu-dulu. Bersawah, memancing, laga ayam dan lain-lain, dgn diiringi traditional live band (warga emas belaka ahlinya). Dan yang menariknya lagi, persembahan dilakukan atas permukaan pentas yg berair (prop sungai).


Para 'Tok Dalang'. Berbasahan lah mereka bg menjayakan persembahan ni.. *tepuk2*

Nah, belanja sikit videonya ye..







Hasil sembang / risikan dgn org tempatan di situ, difahamkan tempat duduk mmg selalu penuh. Kami juga mmg dah buat tempahan sehari sebelum. Dan berdasarkan pemerhatian pada hari kejadian, memang ramai org pun. Full house. Lepas tu, bagi sesiapa yg dpt duduk dpn pentas tu mmg la seronok dpt tgk dekat kan taaapi, naya laaa, percik2 air tu. Mujur famili kita dapat 4th row seats gitu..hihi

Water Puppet Show selesai dalam pukul 8.00 mlm, mcm biasa naik teksi balik ke kawasan hotel dan makan malam kat kedai sekitar2 situ. Dah kenyang, acara bebas ler pulak. Ada yg naik bilik dulu-solat jap-turun balik-layann cuci mata/cuci poket kat pasar malam bawah hotel tu. Ada juga yg terus layan pasar malam dulu baru naik sbb mls dah nk turun-naik, mls nak keluar balik. Hiks! Alhamdulillah end of day 2.


Ada 2 hari lg oit nak cerita..*nangiss balik tiang (*_*) Its ok, take ur time yani.. (bisik kat diri sendiri)



Expenses Details For D2
  • Breakfast (14pax) - VND 1,495,000.00
  • Taxi Fare from Hotel To Cho Bin Tay - VND 125,000.00 x 2 : 250,000.00
  • Taxi Fare from Cho Bin Tay To Hotel VND 125,000.00 x 2 : 250,000.00
  • Lunch (14pax) - VND 885,000.00
  • Taxi Fare from Hotel To Hard Rock Cafe - VND 22,000.00 x 2 : 44,000.00
  • Taxi Fare from HRC To Golden Dragon Water Puppet Theater - VND 33,000.00 x 2 : 66,000.00
  • Golden Dragon Water Puppet Theater Entrance Tickets (10pax-Adults) - VND 2,000,000.00
  • Taxi Fare from Golden Dragon Water Puppet Theater To Hotel - VND 30,000.00 x 2 : 60,000.00
  • Dinner (14pax) - VND 1,255,000.00

= VND 6,305,000.00

23 May 2016

Ho Chi Minh City, Vietnam 2016 - Day 1










5 April 2016 - Selasa - 27 Jamadilakhir 1437H (D1)

Dont even realised when it started, but my family have been traveling together at least once a year. It becomes something like a tradition. So this year we decided to go to Vietnam. Alhamdulillah all 14 of us manage to go without any difficulties. Our 4D3N (5th-8th Apr 16) journey took place in Ho Chi Minh City (HCMC) or used to be called by the name of Saigon. Since this is my third time going there, i was asked to arranged & planned everything. *sighs.. I just need to asked them for the money i needed. Be their travel guide it is. Nasib family sendiri, kalo tidak tak kuasa la juge. Jadi, dengan mengambil kira kanak-kanak dan ibu mengandung yang akan turut serta, i planned for a very light and easy shopping trip. We depart from KLIA2 on 5th April-Tuesday around 1455 hrs (Malaysia Time) and arrived at Tan Son Nhat International Airport, approximately 2 hrs later. 


My so-called Itinerary (with so many places to shops.. hiks!)

HCMC adalah bandar yang sangat sibuk yea. No further arguments. Hiks! Dengan motosikalnya, keretanya, basnya.. fuhh..semua nak jalan sekali. Since their vehicle operates in left-hand drive, it is quite terrifying to seat front, on the right next to the taxi driver. huuuu ngeri.. Sudah laa teksi tu memang pengangkutan utama kami di sana. Heee even if the destination was in walking distances, bare in mind we were traveling with toddlers, so anything more than 10 minutes walking wasn't really a good choice with such crazee traffic and cab fare wasn't so pricey. Affordable. 

Selesai semua urusan selepas touch-down, kami terus keluar dari airport cari teksi untuk ke hotel. Seperti mana yang telah dinasihatkan oleh blogger dan traveler2 lain, sila ambil teksi "Vinasun" ye, warna temanya hijau putih. InsyaAllah boleh dipercayai. Tambang dari airport ke hotel lebih kurang VND160,000.00 . Kami 1 famili je memerlukan 3 buah kereta (Jenis Innova).

We stayed at Than Thu Hotel in Nguyen An Ninh, District 1 nearby the Ben Thanh Market (5 minutes walking distance). This area was also known as Malaysia Street since you can easily met other Malaysians here. Bersepahh orang kita baq hang. (>_<) Hotel ni sy booked thru Agoda saje. Priced at RM95/night (Standard Room) & RM170/night (Triple Room). 3 Standard rooms & 1 Triple Room for us - a total of 10 Adults & 4 Kids. Rooms were nice and good enough for us. Staffs was friendly and helpful too.




Sampai hotel lebih kurang 6 petang. Waktu di Vietnam adalah 1 jam lewat berbanding Malaysia. Jadi, walaupun baru pukul 6, keadaan sekeliling dah gelap. Depan hotel, peniaga-peniaga dah ready nak bukak kedai. Fyi, there would be a night market everyday in this area. Murah dan meriah. Gittew. Hohoho.. Check-in & letak beg, terus turun balik cari makan malam. Habis makan, jalan-jalan kat pasar malam. Cuci mata dulu. Sabaq, sbb night market tiap-tiap malam ado. End of day 1.





Expenses Details For D1 

  • Taxi Fare from Airport to Hotel - VND 160,000.00 x 3 : 480,000.00
  • Dinner (14pax) - VND 1,075,000.00

= VND 1,555,000.00

24 July 2009

Lata oh Lata - vOlume 2

continuation of volume 1 daa...

memandangkan keesokkan hari nyer adalah hari terakhir kami di Raub,Pahang..abg en.baha menyarankan kami berjalan pusing2 sekitar raub..sempatlah kami menjengah ke pasar raub yg hangat diperkatekan tuh.setelah pusing2 sekitar pekan raub,kami truskan perjalanan jln2 sekitar pahang..Hajat dihati nk jengah ke Bukit Fraser tp atas masalah teknikal hasrat itu digantikan dgn ke Bukit Tinggi..bleh larr janji bukit gakk..haha Dalam perjalanan ke bukit tinggi, en.baha bawa kami singgah seketika menjamu selera di Hutan Lentang..di sini sekali lagi adegan drama pendek telah berlaku antara kak leha dan kembarnye dimane apabila mereka terlihat air sungai yg mengalir laju itu telah menimbulkan keinginan yg tinggi dalam diri mereka utk mandi..haha maka berlakulah adegan bertepuk tampar antara ibu dan anak..selesai saje menjamu selera sambil menikmati panorama hutan,kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir sebelum berangkat pulang yakni Bukit Tinggi.jln ke bukit tinggi yg penuh berliku telah menyebabkan suasane dlm kete masing2 sunyi sepi kerana masing2 bertafakur..haha Akhirnya kami tiba jua ke bukit tinggi namun kami tak masuk smpai atas kat bangunan2 tuh...sekadar di pinggiran jer..ahaks ini kerana yuran yg dikenakan nk masuk kat atas tu smpai sepuluh hengget seorg..adoii zaman skrg nih tgk bangunan pn kene bayar tau..last2 en.baha kate,"jom lah kte tgk 'ruse' kat bwh sket tuh".kami pn agak2 xcited nk tgk ruse..yerlahh slame ni dok dgr org mkn sate ruse jerr..skali skale nk gak tgk ruse idop..namun,lain yg ku harap lain jua yg kuterima..ruse yg dikhabarkan hanye indah khabar dr rupe..ako rase cikgu skolah en.baha dlu tak sempat nk knalkan kat student dier camne nk bezakan antare ruse ngan dot dot dot sbb da nk cuti kawen kot..ngeh3


ngan kak mid waktu on da way nk tgk "ruse"


singgah pusing2 kat raub... *ehemm en zul usha sape tuh..hoho

ketika menjamu selera di hutan lentang *apabile kelaparan mengatasi segalanye..huhu

kat tempat nih ade 'ruse' kerr?adushh...

isk nih kandang kuda larr en.baha!

kuda pn kuda larr...nah amik makanan nih wahai sang kuda!

berlatarkan curam kat bukit tinggi a.k.a berjaya hills

nape laa muke mamat 2 org tuh cam cuak jerr,takot jatoh kerr?ahaks

Berjaya Hills in memories..hukhuk

Setelah puas bergambar dan kongkang2 sekalian pn da puas melompat..maka tamatlah hujung minggu kami yang amat menggumbiraakan sekaligus mencabar tahap ke'adventure' an kami..huhu perjalanan pulang ke umah masing2 diteruskan tanpa menoleh kiri dan kanan lg..buat rakan2,time kaseh kerana menganjurkan aktiviti sebegini..lepas nih kemane kite?! haha wassalam

''Assets make things possible, People make things happen"

Lata oh Lata - vOlume 1

hmm lata oh lata....uiks,tp bkn lata mageshkar (penyanyi hindustan tu) mahupun lata kinjang kat perak tuh tp "Lata Berembun" yg terletak kat Raub, Pahang..Lata berembun telah menjadi salah satu episod dlm idop ako..nk dijadikan cerita, rakan2 seperjuangan kat opis ako telah merancang satu trip ke umah en.Baha di Raub,Pahang..sape en.Baha nih?hmm en.Baha atau name sebenarnye yg telah dirahsiakan nih kire salah sorg drpd colleague ako gak arr kat opis tuh..huhu korg mesti terrtanye-tanye ape la yg spesel sgt umah en.baha nih smpai ade trip ke sane?huhu sbenarnye tarikan utamanye adalah air terjun!yee ha! xpdc nih telah direalisasikan pada 11 julai yg lepas..tentatif peserta kira-kira 20 org (adolah dlm 5 buah kete berkonvoi).pd mulenyer dijangkakan kami akan bertolak dlm kul 8 mlm dgn masing2 berkumpul kat opis..tp nampaknyer masing2 juge kelewatan..ako sndirik pn lambat sbenarnye psl dok tolong kak mid dgn ayam bbq nyer..dlm kul 9 lebey bru sume siap utk bertolak..en.baha dok cbuk menenangkan kami dgn kate2 spt,"kejap je da smpai,tak jaoh sgt..dlm sejam setengah smpai laa"huhu perjalanan mengambil mase kire2 2 jam gak sbenarnye..huhu ako satu kete ngan kak mid ngan en.zul,manekala amin ngan "ehem2" nyer cik shi satu kete,kak leha n family dgn exora bru nyer,en.baha ngan wife tanpa ditemani anak2 (owhh honeymoon ekk) beserta ina kechik satu kete dan halun,anum dan hasbullah yg ditemani hakimah satu kete lg...kami diberikan penginapan yg berasingan oleh en.baha dimane si bujang lain umah(umah mak en.baha),si dara dan kluarge mak dara satu umah lain (umah abg en.baha)..tapi telah berlaku drama pendek dimane,bila tiba mase utk bpecah umah malam tu,halun buat2 tertido atas sofa..tp en.baha telah menggunakan kuase veto nyer utk pakse diorg blahh gak..haha pg keesokkannyer,'sesudah subuh' dan sarapan kami trus bertolak ke lata berembun..tp yg adventurenye nk naik ke lata tu kene naik jeep @ helam @ 4x4 sejenis pengangkutan yg digunakan utk aktiviti lasak/jln yg teruk! mmg pengalaman baru dan ngeri pd aku..kami jerit cam nk terkuar anak tekak.adventure sgtt! rasenyer,naik rollercoaster kat genting pn ako tak jerit camtu..mmg gilerr..


persediaan menaiki 4x4

keluarga bahagie kak leha dok satu helam

perasaan sewaktu atas "4wd" nih, tuhan je yg tau..hukhuk

yg penting..cuak camne pn,pose ttp pose!huhu

singgah sebentar menikmati udara.. *penulis telah di "over shadow" oleh hmm...

liku-liku kehidupan..oopps perjalanan...


sepanjang perjalanan,en.baha tak henti2 tanye kat kitorg,"ayang aku ade lg kerr?" haha agak2 45 min juge lerr perjalanan menuju ke puncak..tp biler da smpai..hanye kesyukuran yg mampu ku panjatkan padaMU ya ALLAH..dgn segala keindahan dan kedamaian yg ada kat ctu sedikit sebyk menerbitkan keinsafan..

ingatkan da smpai,ghopernye kene menapak lg naik atas..huh

Akhirnya..segala sakit2 tulang dan urat "memang berbaloi"..huhu

reti kerr tak diorg nih idopkan api?hmm.. bleh caye kerr...

kalo si jejaka cbuk idopkan api..si gadis dan mak gadis cbuk kemas tmpat 'lepak' tuh



mesti korg tertanye-tanye mane gambo en.baha?hmm sbenarnye en.baha n da geng ader agenda lain..yakni menjala @ mengaren ikan..bdk2 kongkang tak ketinggalan ngikot en.baha..hmm ako rasa ragu2 dgn kebolehan mereka nih..''takde maknenyerr..''

haa kan ako daa ckp,diorg nih mane tau pape psl ikan..ikan ade kat bawah lerr dlm air tuh. yg dok cari kat atas pokok tu psl ape..ngeh3

en.baha tgh turunkan ilmu,camne nk tau waktu ngan arah kiblat dr kedudukan matahari



Last2 diorg give-up dan blik arr semula ke pangkal jln..tp aktiviti yg ditunggu-tunggu mereka sebenarnye lain...hmm

terpancar riak2 kekechewaan dimuke masing-masing

kekechewaan yg terlampau..hanye kerana ikann..ahaks

apabila "tekanan" smpai ke kemuncaknyer..hoho



aktiviti yg dinanti-nantikan smpai tak bleh tido mlm...

berkubang!

al-kisahnyer..sbenarnye sume tak reti berenang! drama lebey woo..

spesis buaya jadian @ BPI


dlm diorg dok seronok bermandi-manda,en.baha blik ke tempat persinggahan kitorg dengan bangganya sambil membawa se''bundle'' ikan yg disumbatkan dlm beg plastik..kami sume terkedu seketika..yer laa kalo en.baha nk tipu,mane ade pasar dlm hutan tuh..isk dgn kehadiran ikan2 tuh,idea nk mkn ikan bakar trus muncul..haa ape lg,kene laa ade org siang ikan tuh..org yg paling ako tak sangke telah meng"volunteer"kan diri nk siang ikan tuh..mmg tak caye ako dibuatnyer..ingatkan main2..haha

haha biar benarr en.zul nih...ade bakat..hoho

cik syi join daa club! huhu



antara juadah kami pd aritu...


Setelah seharian ade kat dlm hutan belantara tuh..kami pn pulang..dlm perjalanan turun ke kaki bukit,hujan plak..isk2 da laa naik jeep tu je da cukup seksaa ditambah plak ngan hujan..huhu uncle drebar tuh awal2 kami da warning supaya bwk dgn lebih berhemah..takot licin woo..tp hampehh..takde maknernye..dier bleh plak berlumbe ngan halem satu lg..tensennn!

antara 4x4 yg telah menghuru-harakan hidup kami ketika itu


malam tuh acara mkn durian telah berlangsung..dlm penat2 tuh kami dijamu oleh tuan umah dgn durian yg best2..baikk punyoo..haha sape yg tido tu nasibb laa..Aktiviti kami bersambung pd keesokkan arinye..ari yg same juge kami akan berangkat pulang ke kolumpo err putrajaya...heheh tp masih ade aktiviti lg...

-to be continue-

20 July 2009

LaNgkawi...here i come!

hmm nk kate baru,da lame daa...tp kene laa coret ckit sbyk memandgkan da ader blog nih..huhu ok,ako nk citer psl xperienced ako kat langkawi 22-25 jun aritu..well,actually it was all about work..nothing more..ako gi sbg urusetia kursus anjuran tempat keje ako...kire sambil menyelam minum air larr nihh..huhu sbg urusetia ako diberi kemudahan menaiki burung besi ke sane..flight berlepas dlm kul 11pg waktu m'sia haha teruja ako dibuatnyer maklum lerr da lame tak naik flight..huhu penerbangan mengambil mase selame 45min...sepanjang perjalanan mate ako tak berkelip melihatkan keindahan nun di bawah sane..smpai sakit tengkuk dibuatnyer..haha dlm kul 12 kami tiba di Lapangan Terbang Langkawi.ketibaan kami sepatutnya disambut oleh pihak hotel namun kelibat mereka tidak kelihatan tepat pd masenye.diorg kelewatan dalam 20min atas alasan jalan sesak (ntah btul ker tak) hmm tp itu sume tak menjejaskan mood kami walopun sewaktu dlm kenderaan,pak cik drebar tu dok membebel psl keruntuhan moral anak2 remaja di Langkawi ketika itu..reaksi ako,hmm mls nk komen,isu2 nih pd ako tak relevan lg nk diperdebatkan lg psl bkn kat langkawi jerr sume tmpat pn same..pokok pangkalnyer diri sendiri..Smpai jer kat hotel,kami trus check in dan berehat sebentar sblum meneruskan aktiviti pusing2 sekitarnya,lgpn pakej penginapan kami tidak menyediakan mkn tgahari utk hari pertama..kire jln2 cari mkn laa nih..tp yg beshnyer pihak hotel da sediakn kete utk kami urusetia bg memudahkan pergerakkan..majlis pembukaan @ kelas pertame kursus dijadualkan pd jam 8.30 mlm..jd kami cume ade beberape jam bermula drpd jam 2 ptg sehingga 7.30 mlm utk jln2 sekitar langkawi..naseb baek hotel yg kami duduki tu btul2 tgh pekan Kuah jd senang nk jln2..Destinasi utk hari pertama = Dataran Lang,Awana Porto Malai,Langkawi Cable Car dan Pantai Chenang..mmg laa packed sbb kitorg takde mase sgt jd sebolehnyer gi sebyk tmpat yg bleh di pegi..huhu


hujan renyai menyambut kehadiran kami di bumi kelahiran mahsuri
sambil2 menanti kedtgan "drebar" yg tak kunjung tiba..


andai ako bisa terbang sebebas helang..

Awana Porto Malai a.k.a 'the marina'


keindahan pantai chenang bisa mendamaikan 'jiwa yg kaco'..


hari kedua,sesi jln2 kami bermula selepas jam 5.30ptg,maklumlarr kami perlu selesaikan dulu urusan rasmi.Abis kelas dlm jam 5.00ptg,slps solat dan rehat sebentar bru gerak..destinasi kami ptg tu pd mulanye nk ke makam mahsuri dan telaga tujuh..spjg perjlnan ke makam mahsuri ako dapati byk sgt kedai yg jual produk gamat.drpd minyak sampailah ke air gamat sume ade.kami singgah sebentar di salah satu kdai,shopping ckit..at least dpt la rase minyak gamat yg asli,mane tau kalo ader sakit2 ker luka2 ker lps ni..huhu setibanye di makam,ade yuran plak nk masuk jd kami sebulat suara,kensel jer hajat nk berziarah..yer laa ade ke patut,nk ziarah kubur pn kene bayar ker?!ado..kami truskan perjlnan ke telaga tujuh..yg ni pn kami tak masukk sbb menurut kate 'pembaca peta' kami, "tinggi woo!,saye tak larat" so biler pikir balik,ako pn sebenarnyer takde mood nk wat mende2 adventure time tuh..tambah plak time tu da hampir kul 7 mlm,kami pn ade klas utk dikejar mlm tu,jd perjlnan pulang ke hotel dimulakan..


kat ''kubur'' pn ade promosi kerr?!huh

hari ketiga,sesi jln2 kami masih lg bermula seperti ari ke-2..tp ptg tuh kami lebih ke arah "shopping"...lebih kpd survey2 tmpat membeli brg2 sbb 'tak gaji lg' time tuh..huhu gaji ari keesokkannyer..niat di hati kami,arini survey jer sok trus 'capai dan bayar' (ala2 cash & carry gitu) sbb takot tak cukup mase..maklum larr esok nye tuh last day..mane nk kejar majlis penutup,check out hotel,nk kejar flight lg..huhu


antara lokasi2 sekitar pekan kuah yg bleh membuatkn kaum hawa ''gumbiraa" huhu


Last day, selesai jer majlis penutup dan makan tghari,kami trus grak ker bank dulu..huhu pastu trus tuju kat kdai2 yg berkenaan.Antara mende penting yg 'harus' dibeli adalah "coklat" pastu kami perlukan "beg tambahan" utk isi brg2 yg di shopping..Coklat nih penting psl dikirim oleh rakan2 kat pejabat pastu nk ler gak beli oleh2 utk yg tak kirim tu..huhu tp yg penting.. kat langkawi,coklat dan beg roda mmg sgt murah! itu adalah fakta! heheh Flight kami sepatutnye berlepas pd jam 1915 tp delayed plak smpai 1930..tp papehal pn kami selamat smpai ke KLIA dan trus naik ERL pulang ke destinasi masing2..Alhamdulillah..


Bon Voyage...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...