01 July 2016

Ho Chi Minh City, Vietnam 2016 - Day 2










Muahahah berminggu amik masa nak update day 2.. (-_-") Takpe la blog ni pun suka2 je.. aci  la kan... ;) Hanya tuan blog je yg tau 'hazabb'nya nk menulis bila 'seru' tu tak sampai..thats why i've never claimed myself as a blogger.. hiks! 

6 April 2016 - Rabu - 28 Jamadilakhir 1437H (D2)

So, day 2, as per itinerary, Lepas sarapan, destinasi pertama adalah membeli-belah, 'membeli' selagi ada barang yg dijual sambil 'membelah' dompet. Bergerak ke Cho Binh Tay atau juga dikenali sebagai Chinatown HCMC. Pengalaman waktu saya dtg pertama kali tahun 2013 dulu, tak tau nk sebut mcm mana just mention 'Chinatown' dekat receptionist hotel tu. Oh, kalau anda daripada hotel boleh minta bantuan receptionist hotel je untuk panggilkan teksi juga. Cuma perlu bagitahu nak ke mana berapa buah teksi yg diperlukan / total berapa org je. They were quite helpful too. Ingat, pastikan ia teksi Vinasun baru la naik ya.

Lebih kurang 20 minit dari hotel nak ke sini. Cho = pasar. Di sini, macam2 barang ada dijual. Daripada pelbagai jenis kain pasang, helmet (kenderaan utama org vietnam adalah motor), perkakas plastik, selimut, sampailah ke baju-bajan dan baaanyakk lagi. Makanan pun ado. Yg menariknya, semua dijual dgn harga borong dan kebanyakkan (read: tak semua) kedai boleh je nk beli satu tp dpt harga borong. Actually I prefer to come here more rather than the famous 'Ben Thanh' Market sbb kat sini selain lebih murah dan lebih banyak pilihan dan kain pasangnya kita beli dikayu (belum siap potong). Sesuai lah dgn diri ini yg terlebih tinggi, terlebih besar..semuanya lebih, tak syok la pakai kain yg siap potong ngam-ngam 4 meter (kadang2, dikatanya je dah potong cukup 4 meter tp bila ukur balik cuma ada 3 meter lebih je kan) (*_*)




Gambar selepas selesai 'tawaf'.. Sambil tunggu beliau2 yg belum sudah 'pencariannya' sambil tunggu teksi untuk ke destinasi kedua juga. Habis shopping dah tengahari, lunch hour. Naik teksi terus ke kawasan hotel sbb disana juga je yg banyak pilihan kedai makan yg halal. Nama lg 'Malaysian Street kan. Heee yg berminat boleh search "Nguyen An Ninh". Tu nama jalan sebenar/rasmi yg 'didaftarkan' atas peta. Hurmm.. sepanjang 4 hari 3 mlm tu kami cuma rotate makan di kedai2 sekitar tu je. Rasa pun boleh tahan la, sedap la juge. Plus on travel kan, so eat for the sake of energy.. :)

Selesai makan tengahari, singgah hotel hantar barang2 yg dibeli tadi, solat dan rehat lepas tu berjalan pula berbondong-bondong ke destinasi shopping kedua, Pasar Ben Thanh yang cuma 5minit dari hotel. Yes, approximately 5 minutes by foot. Cho Ben Thanh ini juga terkenal dengan pelbagai barang, boleh tahan murah, pilihan souvenir yg banyak, dan seperti juga Cho Binh Tay td, harga boleh ditawar tapi adat laa kan tempat2 shopping begini, ko tawar-dapat-tetiba tak nak beli-makanlah makian daripada penjual- hahaha 


Penjual kat sini kasar kot, main tarik2, dia maki depan2 je heh tapi kan penjual kat Malaysia ni pun bukan semua baik sgt jugak kan.. kikiki but still, i've also did met the good sellers, whom have a good personality, baik, tak lokek, amoi senyum manyak, bg kerusi kat warga emas dan bapak2 yg kendong anak2 masing sbb mak2 tgh dok pilih barang (read: ayah - abg & abg ipar2) hiks!


Tak lama pun dekat Ben Thanh sebab ptg tu nak pergi Hard Rock Cafe (HRC) dan tengok Water Puppet Performance. Water Puppet mula dalam pukul 6.30 mcm tu, so plan nk gerak dlm kul 5 ptg untuk singgah HRC. Balik hotel, rehat sebentar, tunggu asar dan sambung jalann.


Tak tau la sejak bila mulanya, tp mcm seronok pula jadi collector t-shirt HRC ni. Mahall tu sudah pasti tp sy semat dlm minda, its once in a lifetime. Jadi, walaupun pergi satu2 tempat ni byk kali, tshirt HRC hanya 1 je. For example, i've already bought my Ho Chi Minh's HRC shirt 2014, on my 2nd trip to HCMC. So this time around i purchase nothing. Just 'window shopping' :D



Bought on 2014, dah lusuh sikit since penyakit M banyak kritikal, basuh washing machine lg.. Oh menyesal.. (-_-)

As usual by using cab service, at 5.00 pm we depart to HRC. Clicking here, click there.. pose a little bit here, sightseeing..









Bergambar kenangan gittew.. Sy tiada dalam gambar. Isk isk kita yg pegang kamera. camno.. hihi takpe, kasi cannn.. (^_^") Tak lama kat HRC, nama lagi 'singgah' je kan. Bergambar sikit-sikit, lepas tu terus gerak ke Water Puppet Theater tu. 



The Tickets



Haa nmpak.. fokus habis anak buah2 kita tgk water puppet show.. sekali dgn makpak depa bergigih tau, walaupun sepatah haram dialog diorg kami tak faham.. :)


Golden Dragon Water Puppet Theater ni umumnya adalah persembahan puppet (macam wayang kulit) dalam bahasa Vietnam (tanpa sarikata tau!) yg menceritakan tentang kehidupan orang Vietnam dulu-dulu. Bersawah, memancing, laga ayam dan lain-lain, dgn diiringi traditional live band (warga emas belaka ahlinya). Dan yang menariknya lagi, persembahan dilakukan atas permukaan pentas yg berair (prop sungai).


Para 'Tok Dalang'. Berbasahan lah mereka bg menjayakan persembahan ni.. *tepuk2*

Nah, belanja sikit videonya ye..







Hasil sembang / risikan dgn org tempatan di situ, difahamkan tempat duduk mmg selalu penuh. Kami juga mmg dah buat tempahan sehari sebelum. Dan berdasarkan pemerhatian pada hari kejadian, memang ramai org pun. Full house. Lepas tu, bagi sesiapa yg dpt duduk dpn pentas tu mmg la seronok dpt tgk dekat kan taaapi, naya laaa, percik2 air tu. Mujur famili kita dapat 4th row seats gitu..hihi

Water Puppet Show selesai dalam pukul 8.00 mlm, mcm biasa naik teksi balik ke kawasan hotel dan makan malam kat kedai sekitar2 situ. Dah kenyang, acara bebas ler pulak. Ada yg naik bilik dulu-solat jap-turun balik-layann cuci mata/cuci poket kat pasar malam bawah hotel tu. Ada juga yg terus layan pasar malam dulu baru naik sbb mls dah nk turun-naik, mls nak keluar balik. Hiks! Alhamdulillah end of day 2.


Ada 2 hari lg oit nak cerita..*nangiss balik tiang (*_*) Its ok, take ur time yani.. (bisik kat diri sendiri)



Expenses Details For D2
  • Breakfast (14pax) - VND 1,495,000.00
  • Taxi Fare from Hotel To Cho Bin Tay - VND 125,000.00 x 2 : 250,000.00
  • Taxi Fare from Cho Bin Tay To Hotel VND 125,000.00 x 2 : 250,000.00
  • Lunch (14pax) - VND 885,000.00
  • Taxi Fare from Hotel To Hard Rock Cafe - VND 22,000.00 x 2 : 44,000.00
  • Taxi Fare from HRC To Golden Dragon Water Puppet Theater - VND 33,000.00 x 2 : 66,000.00
  • Golden Dragon Water Puppet Theater Entrance Tickets (10pax-Adults) - VND 2,000,000.00
  • Taxi Fare from Golden Dragon Water Puppet Theater To Hotel - VND 30,000.00 x 2 : 60,000.00
  • Dinner (14pax) - VND 1,255,000.00

= VND 6,305,000.00

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...