Bismillahirahmanirahim..
yup, sgt rajin ini hari untuk 'update' blog yang bersawang ini kerana buat masa sekarang, aku punya banyak masa terluang :)
tajuk diatas sangat la 'educational' malah bersifat biologi.. subjek yg sgt kurang digemari zaman sekolah dolu2, isk Perforated Appendicitis atau dalam bahasa org 'bukan medical' spt aku ni ; Apendiks Pecah.. Siapa sangka, aku yang konon2nya aktif bola tampar sana, 'hiking' sini, pegi gym sinun...jatuh sakit...kuasa Allah...Nak dijadikan cerita sehari sebelum sakit, aku sembang dengan budak2 opis, betapa susahnya aku nk dpt mc sbb jarang sakit, paling kuat pun aku migraine smpai tak boleh buka mata je. tup2 esoknya... bahana mulut laa ni...
Hurm.. Rabu, 25 Apr - aku keja lg tp perut da sakit2..Ingatkan angin, tiap2 setengah jam sekali pinjam minyak angin budak opis..smpai laa balik keja, ptg dah tak larat tp mak mintak teman dia beli hp baru kat mines pula 25hb adalah hari gaji org gomen hehe since aku ingat sakit itu adalah sakit perut biasa, maka ku gagahkan juga.. sebelum keluar tu siap telan pil chi kit tek aun lg.. sepanjang2 keluar tu aku dah rasa lain mcm, nk collapse pun ada. Dok ulang alik pi toilet tp apa pun tak keluar.. Allah...balik tu terus singgah klinik lita alis..tp doc tu ckp gastrik.. Hairan juga, sbb aku mmg tak pernah ada penyakit selain drpd migrain.. Doc tu siap pesan, kalau tak elok juga besok dtg semula kita bg injection. Keluar je dari klinik, muntah smpai penat.
Pagi Khamis, 26 Apr - bangun pagi, sakit dah mcm ape..terus ajak ayah gi klinik lita alis semula, konon2 ingat injection yg dijanjikan bakal mengurangkan kesakitan. huh Punyalah lama menunggu giliran, pukul 9pg smpai, pukul 10.30pg baru dpt jumpa doc. smpai menangis tahan sakit nk jumpa doc. yes, i cried! Jumpa doc, tanya sikit2..pastu time tekan perut dgn kuat, dia ckp gini ; kalau apendiks, saya tekan kat sini awak dah melompat. it does hurt like hell but i don't 'jump'.. aku pun, oh.... since aku tak melompat bukan apendiks la tuu.. then, dpt injection, mc dan diberi ubat gastrik yg berharga 60 hengget. aku pun balik..
Pukul 6ptg nk mkn ubat tp tak berdaya dah, jalan pun smpai ke tahap tampung/ampu/pegang perut. Ayah suggest gi kecemasan. Dengar je hospital, aku risau, siap boleh berfikir lg.. Alamak takutnya, doktor! Nnt kena tido hospital camne, blablablabla tp sakit mengatasi segalanya..Kaki kanan dah tak boleh angkat, isk..
Pukul 7mlm smpai hospital, the pain getting worsed.. aku siap mintak ayah tolong tanyakan kalau boleh dicepatkan jumpa doc. *potong que, sgt2 minta maaf pd patients yg lain*
Pukul 8mlm masuk kat zon semi-kritikal ala2 wad sementara, tunggu doc dtg tgk. This is the time when my pain is unbearable, Ubat tahan sakit yg dicucuk tak berkesan langsung! tak boleh nk duduk diam. baring sakit, duduk sakit, tak ada posisi yg dapat mengurangkan kesakitan waktu itu. Mengerang saja. Siap kena marah dgn staff nurse lg. Nurse tu sound; ni umur berapa ni, baby kat sebelah tu pun diam je. huuuu sedih okey, tak rasa nk marah balik, tp sangat sedih!
Pukul 8.30mlm doc tak smpai lg. Aku hampir hilang sabar sbb sakit tak hilang2 psl nurse td kata, diorg dah bg ubat tahan sakit tp aku tak rasa apa pun! Marah, pasal aku rasa badan aku ni ngada2/manja sgt smpai ubat tahan sakit pun tak memberi kesan. dan Kasihan kat parents aku yg tunggu kat luar drpd pukul 8mlm td. Aku pakai balik selipar bangun nk gerak balik. Nurse tanya nk gi mana tu, aku jawab ; nk balik umah, sapu minyak je. yes, that is really what im thinking at that time, minyak panas!
Pukul 9mlm baru doc turun jumpa. Dia pegang2 perut pastu dgn muka yg serius, "yes, its perforated appendicitis"...hearing it i was like, what? i know appendicitis but perforated?? but anyway she was nice, she keep calmed me down just by saying ok2.. secara psikologinya sakit akan berkurangan apabila pesakit tidak perlu menjelaskan kadar kesakitan atau betapa sakitnya mereka
Selepas jumpa doc barulah semuanya terasa bergerak lebih pantas. Ada seorang lg doc ckp, kita akan operate u kalau tak mlm ni pagi besok. Aku da rasa nk pengsan bila dgr operate pagi besok. How am i going to survive until tomorrow morning with that kind of pain?? dan tanpa rasa bersalah aku tanya juga, sementara nk tunggu esok tu sakit ni macam mana? tp doc tu rilek je jwb; kita akan bg morphine.. and she did give me right after that. Alhamdulillah, rezeki aku dpt operate mlm tu juga.So the preparation to get in the Operation Theater (OT) begin.. Lepas kena morphine baru lega sikit haha dah 'high' ke apa..
Pukul 10 mlm dibawa pergi x-ray pastu transfer ke wad. Aku dijadualkan masuk OT pukul 11mlm. Smpai wad, siap2 tukar baju terus dibawa turun balik ke OT. Masuk OT dah sakit balik sikit2 kesan ubat dah habis kot. Bila Anaest (doktor bius) bg explaination pun aku da tak berapa mau dengar.isk Sain2 borang kebenaran..Itu ini, tgk jam dah pukul 11.30mlm..
Disuruh sedut O2.. Dengar bunyi mesin heart rate tuu.. kurang 5minit pastu tak sedar da..
Pukul 1.30pg dah sedar balik..dalam mamai2 tu aku pandang belah kiri pastu tanya (sempat lg), dah pecah eh? doc perempuan tu jwb, ha'ah... pastu aku pun dibawa masuk wad semula..
My first ever hospital tag
Gara2 appendicitis ni aku jadi rajin nk selak2 balik buku biologi dan internet.. dan ini antara hasilnya.. Moga2 bermanfaat untuk kita semua, InsyaAllah...
Appendicitis
What is Perforated Appendicitis
dan memandangkan aku ni tak pernah masuk hospital, banyak cerita yang nak dikongsikan..
11 hari punya pengalaman dan pemerhatian. Dengan kisah sakitnya, doktor2nya, jururawat2nya, hospitalnya... InsyaAllah akan 'disembangkan' di sini, maklumlah sementara ada masa terluang..